Tuesday, March 20, 2012

AWAS!! Bahaya SLS....

Assalammualaikum n selamat malam semua.

Erm...hari ni hari isnin..pagi-pagi macam biasa kena mulakan hari dengan kuliah marketing...after that,miss cancelkan kelas tutorial yang sepatutnya start pukul 12.00 hingga 1.30 tengahari..ada problem kat rumah katanya,anaknya sakit...well..lecture tadi pun ok,best n seperti biasa..miss akan sentiasa menyelitkan informasi-informasi yang "terbaeeekkk" untuk kami...berkenaan topik yang kami pelajari tadi mengenai model gelagat pengguna, maka miss pun share dengan kami apa itu SLS..SLS...Apa itu SLS???? Sodium Lauryl Sulfate, Sodium Laureth Sulfate & Sodium Lauryl Sulfoacetate…Ketiga2 ni punya akronim yang serupa iaitu SLS.

Bahan-bahan ni digunakan dalam sabun, syampu, pencuci muka, ubat gigi, sabun basuh, pencuci kereta dan sebagainya untuk menghasilkan buih. Tahukah anda akan bahaya Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate? Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate adalah bahan kimia yang terbukti secara klinikal mendatangkan kerengsaan pada kulit? Tapi mengapa penggunaannya meluas? Ianya disebabkan ia murah. Kalau kita perasan, produk-produk organik dan natural agak mahal harganya. Kosnya pun mahal. Jadi bahan-bahan sintetik digunakan supaya kita yang biasa-biasa ni dapat juga bersabun, bersyampu…

Tapi apa kesan dari penggunaan Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate ni? Kesan paling ketara ialah iritasi kulit. Terutama pada bayi dan orang yang menghidap ekzema. SLS membersihkan kulit dengan cara ‘mengikis’ iaitu membuang lapisan minyak semulajadi pada kulit. Perasan tak kadang-kadang lepas bersabun atau guna pencuci muka, kulit rasa tegang saja.
SLS juga boleh memberi kesan kepada mata, disebabkan itu kita merasa pedih apabila terkena sabun. Kesan dalam jangkamasa panjang ialah masalah mata seperti katarak. SLS juga dikatakan boleh merosakkan folikel rambut dan menggalakkan keguguran rambut. SLS juga dikelaskan sebagai carcinogen atau penyebab kanser..

Apa pula Sodium Lauryl Sulfoacetate?
Sodium Lauryl Sulfoacetate adalah ejen pembuih semulajadi yang dibuat dari kelapa atau kelapa sawit. Sodium Lauryl Sulfoacetate ini adalah lebih selamat kerana bahan semulajadi yang digunakan untuk membuatnya. Ia bertindak lebih lembut ke atas kulit, tidak meninggalkan kesan iritasi dan tidak mendatangkan kesan sampingan. So, apabila anda membeli barangan penjagaan diri, perhatikan bahan-bahannya...

SAY NO TO: Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate
YES TO: Sodium Lauryl Sulfoacetate


No comments:

Post a Comment